NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
Nama Kok Pasir adalah
berdasarkan kepada perkataan Kok. Bagi orang-orang di
sini, Kok bermakna tanah tinggi . Bertepatan dari segi
geografi, keadaan tanah di sini beralun dari sawah ke
Kok, kemudian sawah dan kembali semula kepada Kok,
begitu seterusnya seolah-olah gelombang alunan ombak.
Disebabkan terdapat
kok-kok dan ianya diliputi oleh tanah-tanah pasir, maka
bertepatanlah lokasi ini dinamakan Kok Pasir. Kampung
Lubuk Jong, Kampung Selehor dan Kampung Kok Pasir adalah
terletak di tempat yang sama. Bagaimanapun generasi
sekarang lebih mengenali Kok Pasir berbanding Selehor
dan Lubuk Jong.
Hubungi
Kami
Ediramle5@yahoo.it
Kokpasir@yahoogroups.com
Ediramle@yahoogroups.com